Alhamdulillah, malam tadi pasukan bola sepak negara kita telah menjuarai pingat emas bagi SUKAN SEA ke-26 di Stadium Glora Bung Karno. Dan pada masa yang sama, mereka telah menyumbangkan pingat emas yang ke-56 Malaysia.
Persembahan malam tadi sangat membuatkan fiera dah macam nak tercabut jantung da. Eh yer ke, tak la sampai nak tercabut cuma bergetar je. Heheheh^^. Walau apa pun, malam tadi saingan sangat sengit. Kesian dekat 'hAriMau mUdA' kita kan. Mesti diorang semua penat gilerrrRRRrr kan. Manataknya, main sampai minit ke 12o. Fuhhhh....penat tu....
Tapi kali ni memang rasa macam nak gugur jantung ni ha. Masa sepakan penalti yang terakhir sekali yang telah dilakukan oleh 'Kapten Malaysia, Baddrol Bakhtiar'. Masa tu, penjaga gol Indonesia hampir sahaja nak mendapatkan bola tapi dia terlepas dan bola secara berlari-lari anak telah masuk ke dalam gawang gol dan GOLLLLLLLL!!!!!!......* Bola tu baru belajar tatih la....heheh^^
Masa tu memang fiera sangat-2 lah gembira dan tak jadilah jantung ni nak gugur. Alhamdulillah.... Heheh^^
Akhirnya kita dapat melenyapkan suara-2 sumbang penyokong Indonesia yang hadir pada malam itu. Penyokong yang menangis pun ada jugak. Kesian jugak tengok, tapi bila teringat yang diorang semua benci pemain-2 kita, fiera rasa macam biarlah. hehehh...Jahat jugak fiera ni ....Maaf. Takdalah, sebenarnya kami ni rakyat Malaysia tak suka lah kalau diorang tu nak membenci pasukan kita sehingga mengancam keselamatan HARIMAU MUDA kami. ha, betul tak apa yang fiera cakap ni. Kalau korang ada yang nak menambah, silalah komen kat kotak bawah tu ya...Terima kasih.^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan