sElAmAt dAtAng ^^

fRom mE 2 YoU ^^

WeLL HellO tHErE....
tHnK YoU 4 vIsItIng my BloG...
I hOPe u R nOt DiSSaPoiNtED wIf my BeGGiNeR's LikE bLOg...
fEeL FreE tO cOMMeNt HeRE ^^

Followers

Selasa, 29 November 2011

cOmeL bUkan ?? -part sAtU^^-

Assalamualaikum semua....^^

Diharap anda sekeluarga berada dalam keadaan sihat ok...
Macam mana dengan cuti?? Semua berjalan dengan lancar??? *tanya orang tapi diri sendiri tak juga bercuti...hehhe^^ Kalau dah pergi jangan lupa nak beli kan fiera cenderamata pulak ye... Fiera tunggu tau...^^


ok lah, entri hari ni, fiera nak buat mengenai antara kasut yang telah mencuri perhatian fiera semasa membuat pencarian di 'internet' *semua gambar diambil dari sunber INTERNET...maklum ok..^^ maaf...^^


Mungkin, kasut-2 yang ada di bawah ni, adalah kasut korang. Jadi, fiera tersangat-sangat lah rasa bersalah....sorry keyh...


Baiklah, tanpa membuang masa mari kita saksikan!!! *macam nak cakap dalam anugerah skrin lah pulak..^^



*.......................*



kewanitaan anda terserlah..^^


sesuai untuk majlis perkahwinan ^^


tampil lebih bergaya..


lebih comel dari biasa...^^ *like it <3



lebih simple tapi comel..^^



sesuai untuk anak-2 sekalian ...haha^^










canteekkk...^^ *para ibu boleh mencuba... :)


nak cuba boleh?? hehhe^^


huhuhuh...^^


pinky bukan?? ^^


Ahad, 27 November 2011

aDa hIkmAh dIsebAlIk 2-3



Assalamualaikum semua... Entri ni fiera buat berkenaan dengan perlawanan bola sepak yang baru sahaja selesai tadi. Perlawanan yang membawa Malaysia menentang Bahrin di Stadium Bukit Jalil. Ha, siapa yang ada tengok???Mesti korang rasa macam kecewa kan. Betul tak?? Secara jujurnya, fiera pun rasa kecewa juga tapi kita kena berasa bangga sebab Malaysia dapat menjaringkan 2 gol. ^^




Penjaring pada perlawanan malam ni siapa?? Ha, cuba teka. Kalau betul fiera bagi.....*fikir sejenak ^^ Fiera bagi senyuman lah, boleh?? Kalau korang nak ada pacage, korang boleh ambil senyum kambing...^^ Macam mana? Nak tak? Tawaran hanya sekali. Hehheh^^


Ok la,kita kembali serius ok. Lepas ni dah tak da senyum-2 apa lagi...*serius gileeerrr muka..
Penjaring yang pertama adalah daripada seorang jejaka yang masih lagi muda dan mempunyai muka yang agak COMEL...Hehhehe^^ Beliau adalah....(drum roll !!!) 'Nazmi Fais' yang memakai jersy bernombor 12...^^





Seorang lagi hero kita pada malam ni adalah Encik Mahali Jasuli !!! Beliau adalah penyumbang gol kepada Malaysia untuk ke-2 selepas Cik Abang COMEL tu. *nazmi fais !!! (cara cheer leaders) ^^




Terima Kasih kepada semua pemain kerana telah bermain dengan bersungguh-sungguh. Mungkin malam ni bukan rezeki untuk kita, manalah tau pada masa yang mendatang kita dapat kejayaan yang lebih membanggakan kami rakyat MALAYSIA!!!!

Sabtu, 26 November 2011

bInataNg yAng mEnyEramkAn



Selamat malam semua... Lagi sekali fiera nak minta maaf sebab dah beberapa hari ni tak buat entri baru untuk korang semua ^^. Ok lah, mula-2 sekali fiera nak ambil kesempatan pada malam tahun baru Islam ini untuk mengucapkan kepada korang semua 'SELAMAT TAHUN BARU ISLAM' Semoga hidup anda pada hari yang mendatang ini akan menjadi yang lebih baik dari sebelumnya :)


Yang ni pun nak lari dari tajuk sikit yer... Korang semua jangan marah, nanti cepat tua kang ha, siapa yang susah?? fiera jugak, sebab nanti korang dah rabun, pastu nanti malas nak baca entri fiera pulak kan...Heheh^^ Siapa-2 yang hendak atau sudah melangsungkan perkahwinan, fiera nak ucapkan 'sElAmat pEngAntIn barU' dan semoga berkekalan sehingga akhir hayat, hendaknya^^...



comel sngat kartun niii^^






Maaf lah yer, fiera dah banyak sangat pergi tinggalkan tajuk sebenar fiera nak tulis malam ni, ok fiera patah balik. Ha, dah sampai...^^



Sebenarnya, fiera ni jenis yang geli dan ANTI pada serangga. Lebih-lebih lagi serangga yang boleh terbang dan banyak kaki... Kecuali cik semut lah, sebab dia comel....:) Tadi, masa fiera nak masuk bilik, fiera nampak Pak Cik semut tuh, tengah duduk cun punyalah dekat pakaian yang fiera gantung dekat bilik. MashaALLAH....Terkejut sungguh macam nak apa bila pandang belakang jek, fiera terus nampak makhluk ALLAH yang bernama lipas tu. Satu perkara yang korang semua perlu tahu juga,lipas adalah musuh paling top pada diri fiera...


Maaf la, kalau fiera ada dengan korang dan fiera jadi gEdik *jerit macam orang PANDAI!!!...^^
Bila nampak Pak Cik lipas tu... Entahlah, bila dengar perkataan lipas je fiera terbayang dan terus rasa agak geli,
inikan kalau BERTEMU, mata bertentang mata...Oh, TIDAKKKKK!!!!









Rabu, 23 November 2011

Olimpik London 2012 ...




*Muslim Ahmad, main betul-2 tau...heheh^^


Salam buat korang semua... Wah, dua tiga hari ni, entri fiera semua pasal bola kan... heheh^^
*bersemangat ni..^^ Ha, malam ni skuad bola sepak kita sekali lagi akan bertaruh dalam mencari kelayakkan kepada mereka dalam meneruskan perjuangan pada sukan Olimpik 2012 yang akan datang.


Semoga mereka semua dapat mencapai kejayaan dengan jayanya.*Amin...
Fiera nak tanya ni, siapa diantara korang semua pergi ke Stadium Bukit Jalil malam ni? Sila angkat kening sebelah kanan.... eh, tu bukan kanan, tu kiri la Kak Joyah oiii~~ Tuka sebelah, tuka sebelah...
Haaa.... baru betul sebelah kanan...Pandai Kak Joyah kita ni...heheh^^ *tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun sudah 'ttuuuuuuuttttt'........hehehh^^


Baiklah, siapa yang dapat pergi ke stadium, korang semua jangan buah hal tau. Contohnya, jangan bakar mercun, jangan baling botol dan sebagainya..Kita sebagai penyokong kenalah menyokong dengan semangat kesukanan dan atas nama Malaysia dan bukannya semangat ingin menang semata-mata ok..0_0


*harimau muda kami !!! Yeay...^^


Bagi penyokong yang macam fiera ni *sokong dekat rumah je..~_~ , kalau korang ada jersy bolehlah pakai. Kalau takde pon takpe, asalkan korang tetap menyokong dan yang paling penting adalah korang kenalah mendoakan akan kejayaan mereka supaya dapat mengharumkan lagi nama Malaysia dipersada bola sepak Antarabangsa...ok


ok la, fiera pun dah tak sabar sebenarnya. Nak pergi bersiap dulu. Wassalam....
*psstttt....kalau korang ada masa bolehlah komen-2 ye...^^terima kasih


* Khairul Fahmi, jaga gawang gol tu baik-2 ye...heheh^^


Selasa, 22 November 2011

iBu sEgAlA pIngAt !!!








Selamat sejahtera semuanya. Ha, first sekali fiera nak tanya siapa yang tengok perlawanan bola sepak malam tadi? Sila angkat tangan murid-2. Wah, semuanya tengok ya. Bagus, cikgu bagi markah penuh ^^.


Alhamdulillah, malam tadi pasukan bola sepak negara kita telah menjuarai pingat emas bagi SUKAN SEA ke-26 di Stadium Glora Bung Karno. Dan pada masa yang sama, mereka telah menyumbangkan pingat emas yang ke-56 Malaysia.


Persembahan malam tadi sangat membuatkan fiera dah macam nak tercabut jantung da. Eh yer ke, tak la sampai nak tercabut cuma bergetar je. Heheheh^^. Walau apa pun, malam tadi saingan sangat sengit. Kesian dekat 'hAriMau mUdA' kita kan. Mesti diorang semua penat gilerrrRRRrr kan. Manataknya, main sampai minit ke 12o. Fuhhhh....penat tu....


Tapi kali ni memang rasa macam nak gugur jantung ni ha. Masa sepakan penalti yang terakhir sekali yang telah dilakukan oleh 'Kapten Malaysia, Baddrol Bakhtiar'. Masa tu, penjaga gol Indonesia hampir sahaja nak mendapatkan bola tapi dia terlepas dan bola secara berlari-lari anak telah masuk ke dalam gawang gol dan GOLLLLLLLL!!!!!!......* Bola tu baru belajar tatih la....heheh^^
Masa tu memang fiera sangat-2 lah gembira dan tak jadilah jantung ni nak gugur. Alhamdulillah.... Heheh^^





Akhirnya kita dapat melenyapkan suara-2 sumbang penyokong Indonesia yang hadir pada malam itu. Penyokong yang menangis pun ada jugak. Kesian jugak tengok, tapi bila teringat yang diorang semua benci pemain-2 kita, fiera rasa macam biarlah. hehehh...Jahat jugak fiera ni ....Maaf. Takdalah, sebenarnya kami ni rakyat Malaysia tak suka lah kalau diorang tu nak membenci pasukan kita sehingga mengancam keselamatan HARIMAU MUDA kami. ha, betul tak apa yang fiera cakap ni. Kalau korang ada yang nak menambah, silalah komen kat kotak bawah tu ya...Terima kasih.^^




Isnin, 21 November 2011

bOlA sEpaK...






Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ni jari jemari fiera ni rasa macam asyik nak menari je atas keyboard ni ha. Tak tau la kenapa, mungkin sebab korang semua yang suruh. Heheheh...perasan la pulak fiera ni.


Sementara nak tunggu perlawanan bermula lebih kurang dalam 40 minit lagi ni rasanya sempat lagi fiera nak tulis entri pasal bola sepak kan. Ok, seperti yang korang semua maklum Malaysia *oh tanah tumpah darahku...^^ akan berdepan dengan Indonesia dalam perlawanan peringkat akhir bagi SUKAN SEA ke-26 Indonesia bukan? Ha, akak yang baju kuning tu, tau tak? Oh, baru tau.. Ha takpe-2 masih sempat lagi untuk akak beri sumbangan ataupun bantuan dari jauh.


Saya ni pun tak lah berkemampuan nak sokong dekat STADIUM BUNG KARNO tu ha, tapi kita semua rakyat Malaysia dapat membantu dengan mengiringi doa kejayaan kepada mereka. InsyaALLAH, jika ALLAH menetapkan rezeki kita untuk mendapat pingat emas, pasti akan kesampaian. Tapi itu semua adalah ketentuan MAHA ESA yang tidak dapat kita ketahui.


Rasanya fiera dapat coretkan sampai sini sahaja. Sebab jari jemari fiera ni dah penat nak menari. Nak simpan tenaga menari kat atas keyboard ni untuk besok pulak. Mungkin entri pasal keputusan bola sepak. InsyaALLAH, jika diberi kesempatan..




Wassalam...^^


bErwAjah bAru bUkan ???




Assalamualaikum dan selamat sejahtera....^^ Ada orang tak?? Kalau ada, fiera nak tulis entri ni.... Tapi, sebelum tu korang kena jawab dulu salam dari fiera ni dulu. Bukankah menjawab salam itu wajib bagi orang MUSLIM??...


Ceyh...da lari dari tajuk ni....heheh^^ Minta maaf ya semua. ok kita kembali pada tajuk dan tujuan sebenar fiera menulis entri kali ni. Kalau korang semua perasan la ,sebenarnya fiera ni dah lama la jugak tak buat entri baru kan. So, hari ni fiera tak nak hampakan korang semua sebab asyik menunggu-2 akan kehadiran entri baru dari fiera bukan???


Cuba korang tengok sekeliling blog fiera ni. Ada apa yang berubah tak :) *muka teruja^^.
Ha? tak nampak? Erm....cuba korang gosok sikit mata...Patut la korang tak nampak, ada t**k mata tu ha fiera nampak. Sana, pergi buang dulu, fiera tunggu ni.heheh^^ ok kalau dah buang jom kita teruskan.


Baru-2 ni fiera berusaha untuk memberikan nafas baru dalam blog ni. Alhamdulillah, selepas bertungkus-lumus fiera menyiapkan akhirnya jadilah begini. Fiera akui memang blog ni tak secantik blog pembaca-2 semua bukan. Tapi ini sajalah yang dapat fiera lakukan untuk anda semua.


Fiera harap, korang semua dapat menyesuaikan diri dengan suasana blog fiera yang baru je lepas renovate ni...heheh^^


Kalau korang semua ada masa dan ringan tangan takda kerja tu, bolehlah komen-2 dekat kotang MENgomen ya...



Wassalam...^^

Isnin, 7 November 2011

atok ku sayang...^^



assalamualaikum semua....apa khabar korang yang sedang membaca entri ni????
amacam dengan RAYA AIDILADHA korang semua???baikbaik saja???
ada apaapa yang fiera boleh tahu???huhuh^^
kalau korang nak ceritakan pengalaman korang pada fiera, bolehlah korang semua tulis di ruang 'komenn' kat bawah tu ye...
~terimakasih~ ^^



ok la, kita balik semula ke motif utama sebab fiera tulis entri pada kali ni....
ok, masa raya haji ni hampir semua jugaklah sedaramara fiera datang rumah....*beraya ^^
tapi petang tadi...*isnin - 7/11/11
dorang semua da balik....



mak fiera suruh fiera bagikan makanan dekat nenek fiera....
dan hari ni dalam sejarah fiera,
fiera MENYUAPKAN nenek fiera yang sudah uzur....
sebelumsebelum ni fiera cuma tolong sediakan sahaja dan temankan makan jer....



kesian fiera tengok nenek fiera...
fiera panggil nenek fiera 'atok' ...
fiera tau, ada diantara korang semua macam pelik jer kan...
sebab selalunya 'atok' tu panggilan untuk atokatok korang yang LELAKI kn...
ha, sebenarya fiera pun tak tau sebab apa....
hehhehe^^



tapi, walauapapun fiera tetap sayang dengan atok *nenek^^
fiera....
beliau bernama



















................................


























jengjengjeng....^^ hehehhe





























.......................


























kejap lagi korang tau ye??? :P





























*Asmah binti Salleh*


Jumaat, 4 November 2011

rasa bengang sangat...




assalamualaikum semua....apa khabar kalian hari ni?
kali ni fiera nak cerita pasal apa yang berlaku tadi masa dekat sekolah...
hurm....punyalah bengang sangat....agaknya muka fiera bengang m
acam kat atas tuhnkot...
hehhehe^^

ok kita balik pada tajuk asal k....^^
sebabnya....
tak pepasal pulak ada sorang budak cina perempuan ni
dia pergi marah kat fiera yang disebabkan sedikit sahaja....
takdalah, masa tu fiera nak bangun dari bangku....
yang dia ni pulak baru datang kat sebelah fiera,
sebelum tu,takde pun orang kat sebelah fiera.
fiera adalah gelak-2 dengan 'my best friend'^^
pastu fiera nak keluarkan kaki terkena lah badan fiera ni kat dia....
pastu dia terus jer marah....

kalau macam tu, kucing fiera pun bengang jugak kat dia agaknya...
sekarang ni fiera pun tak tau siapa yang salah sebenarnya...
tapi kalau betullah fiera yang salah...
fiera nak minta maaf je lah....^^

mUsIc ^^