Assalamualaikum kepada semua pembaca sekalian. Malam ni perasaan fiera semakin dihimpit pilu dengan khabar yang fiera dapat tahu. Sebenarnya fiera dah cuba untuk menahan perasaan ni, tapi makin hari semakin kuat pulak rasanya dugaan ni. Walaupun pada korang ianya cuma perkara biasa atau kecil, tapi pada fiera perkara ni sangat menyakitkan.
Sekarang ni yang fiera tahu, dah ada EMPAT orang kawan fiera yang sudah memilikinya. Fiera tahu, kita tak patut berasa cemburu atau pun iri hati dengan kelebihan yang ada pada orang lain, tapi fiera sangat-2 sedih bila tahu perkara ni. Fiera pun taklah salahkan dorang, lagipun memang tak salah dorang untuk milikinya, itu adalah hak setiap orang. Cuma mungkin fiera ni sahaja yang emosional.
Fiera harap sangat yang fiera akan memilikinya suatu masa yang terdekat ni. Pada fiera ia mungkin mustahil,tapi fiera kena berfikiran positif. Sebab Allah telah menyatakan tiada apa yang mustahil baginya untuk terjadi *itu yang fiera faham.korang boleh rujuk kepada yang lebih pakar :)
Sekarang fiera hanya boleh buat apa yang termampu, berdoa memohon supaya fiera dapat memilikinya pada masa yang sesuai dan tawakal kepada Allah Yang Maha Esa. Semoga mudah untuk fiera mendapatkannya selepas ini :)
Doakan untuk fiera ya...^^ Terima Kasih!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan